Megan Lai yang membawakan watak wanita tomboi dalam filem Cafe. Waiting. Love ini dikhabarkan menyerupai aktor popular Korea, Lee Min Ho.
Wanita itu dikatakan mempunyai karakter lelaki yang membuatkan kebanyakan wanita akan jatuh hati hingga suaranya turut berubah seperti suara lelaki.
Megan turt terkejut apabila sebuah media Taiwan menunjukkan foto Lee Min Ho yang sama seperti dirinya dalam watak tersebut.
"Bagi saya ia adalah satu pujian besar dan menganggap karakter tersebut sudah berjaya," katanya.
Cafe. Wanting. Love. merupakan sebuah filem yang diadaptasi daripada novel berjudul You Are The Apple Of My Eyes.