suria

Mariah Carey Tidak Lagi Pakai Cincin Kahwin

Mariah muncul dikhalayak selepas berita perpisahannya dengan Nick Cannon tersebar.
PENYANYI Mariah Carey dilihat tidak lagi memakai cincin perkahwinannya ketika keluar makan tengah hari bersama anak kembarnya, Monroe dan Moroccan, yang berusia tiga tahun di Da Mikele di Tribeca, New York pada Jumaat lalu.

Majalah People melaporkan, itu adalah kali pertama Mariah, 44, muncul di khalayak selepas berita perpisahan dengan suaminya, Nick Cannon dilaporkan pihak media.

Sumber terdekat pasangan itu memberitahu mereka berdua nekad untuk menamatkan perkahwinan tersebut dan bersetuju untuk memberi tumpuan kepada anak-anak.

Malah Nick, 33, turut dilihat menghabiskan masa bersama Mariah dan anak-anak untuk makan malam di apartmen mewah miliknya.

Mariah dan anak kembarnya, Moroccan dan Monroe.

Pasangan berkenaan berkahwin pada 30 April 2008 dan memperbaharui ikrar perkahwinan mereka setiap tahun.

Bagaimanapun pihak media mula menghidu keretakan rumah tangga pasangan berkenaan selepas Mariah dilaporkan meminta Nick membatalkan semua kejutan yang ingin dilakukannya bersempena ulang tahun keenam perkahwinan mereka April lalu.

Mariah bakal mengadakan konsert jelajah dunia pada Oktober depan dan Malaysia adalah persembahan pertama penyanyi itu di negara Asia Tenggara.

Mariah Carey, Nick Cannon.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain