Marshanda atau lebih mesra disapa Chaca itu berkata, perubahan yang dilakukan itu adalah atas kehendaknya sendiri dan dia terpaksa akur dengan kritikan yang diberikan masyarakat.
"Dari dulu lagi, setiap pergerakan dan penampilan saya menjadi ikutan. Begitu juga dengan perubahan ketika berubah imej untuk berhijab.
"Dan kemudian saya tidak lagi bertudung. Semua itu atas dasar kehendak sendiri dan tiada paksaan pun daripada siapa-siapa. Keputusan ini (tidak memakai tudung) juga adalah kerana hal peribadi.
Dalam pada itu, tambah Marshanda lagi, keputusannya untuk tidak bertudung lagi juga memberi cabaran dan dugaan besar buatnya untuk berdepan dengan masyarakat.