suria

Taylor Swift Masih Solo Sejak putus Dengan Harry Styles

Taylor Swift mengesahkan dia masih solo.

SEJAK mengakhiri hubungan dengan Harry Styles, Taylor Swift beberapa kali dikhabarkan menjalinkan cinta dengan pelbagai lelaki.

Bagaimanapun, menerusi temubual bersama Rolling Stones, pelantun lagu I Knew You Were Trouble itu  mengakui khabar angin yang dipaparkan adalah tidak benar kerana sehingga kini dia belum pernah menjalinkan hubungan  dengan sesiapa pun sejak putus cinta dengan Harry.

Taylor dan Harry putus cinta pada awal tahun 2013

"Saya belum menjalinkan hubungan cinta dengan sesiapa pun sejak putus dengan Harry. Mungkin ada yang tidak percaya tentang kenyataan saya ini tetapi itulah faktanya," kata Taylor.

Taylor dan Harry, yang merupakan salah satu anggota kumpulan One Direction pernah menjalinkan hubungan pada tahun 2012. Namun percintaan mereka berakhir pada awal 2013.

Tidak lama kemudian, Taylor dilihat akrab dengan penyanyi Ed Sheeran sehinggakan ada yang berpendapat mereka menjalinkan hubungan cinta.
Taylor Swift

Artikel Berikut

Artikel Lain