suria

Pelakon Richard Kiel Meninggal Dunia

Richard Kiel bersama Roger Moore (belakang).

LOS ANGELES: Pelakon Richard Kiel yang terlibat dalam filem James Bond meninggal dunia pada Rabu di Pusat Perubatan Saint Agnes, Fresno pada usia 74 tahun.

Dia akan menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke 75 pada Sabtu ini.

Laman web selebriti, TMZ yang pertama menyiarkan mengenai kematian Kiez melaporkan, pelakon itu dimasukkan ke pusat perubatan berkenaan pada minggu lalu akibat patah kaki.

Bagaimanapun jurucakap hospital tidak dapat memberikan maklumat lanjut.

Pelakon itu yang terkenal dengan watak jahatnya apabila memakai gigi keluli ikan jerung dalam dua filem James Bond  iaitu The Spy Who Loved Me (1977) dan Moonraker.

Beliau turut berlakon bersama Gene Wilder dan Richard Pryor pada tahun 1976 menerusi filem komedi Silver Streak dan juga The Longest Yard (1974) bersama Burt Reynolds.

Pada tahun 1979 beliau muncul dalam Force 10 Drom Navarone manakala pada 1985 Kiel bekerja dengan Clint Eastwood menerusi Pale Rider.

Mendiang turut terlibat dengan kerja-kerja belakang tabir  sebagai pembantu penulis skrip dan penerbit pada 1991.

Dalam satu temubual Kiel berkata, dalam banyak watak yang dijayakannya, peranan dalam Force 10 From Navarone benar-benar istimewa.

“Ramai yang tidak menyedari lakonan saya kerana dalam filem itu saya muncul dengan keadaan berbaju besar dan janggut besar,” katanya  

Richard Kiel

Artikel Lain