VOKALIS kumpulan Coldplay iaitu Chris Martin nampaknya sudah berani menunjukkan kemesraannya dengan Jennifer Lawrence di depan umum. Malah Chris turut memperkenalkan Jeniffer sebagai kekasih kepada rakan-rakannya. Menurut laporan E! News, pada Khamis lalu, pasangan itu dilihat menikmati makan malam bersama beberapa rakan di Chateau Marmont, Hollywood. "Chris dan Jennifer nampak mesra dan bahagia. Mereka tidak dilihat seperti pasangan baru. Masing-masing bermesra antara satu sama lain. "Rakan-rakan yang bersama pasangan itu nampak gembira dan menerima baik dengan perhubungan mereka," kata sumber. Dalam pada itu, bekas isteri Chris, Gwyneth Paltrow turut bahagia dengan berita tersebut. Menurut sumber, Gwyneth berasa lega apabila Chris berjaya mememui wanita yang sesuai dengannya.