AKTOR Lee Byung Hun dilaporkan telah diugut oleh dua selebriti wanita sehingga membuatkan dia telah membuat laporan polis baru-baru ini. Isu itu menjadi semakin besar apabila salah seorang daripada wanita tersebut iaitu Lee Ji Yeon mendedahkan dia merupakan skandal aktor tersebut dan seorang lagi adalah Dahee, anggota kumpulan Glam. Ji Yeon mengakui menjalinkan hubungan secara diam-diam dengan bintang filem Red 2 itu dan kerap bertemu sebelum Byung Hun membuat laporan polis mengenai tindakan wanita itu. Dahee Bagaimanapun Ji Yeon menjelaskan dia mengugut Byung Hun kerana kesal aktor itu tidak menjelaskan mengenai bayaran kerja. Malah sebuah rakaman video yang memaparkan kata-kata tidak senonoh Byung Hun terhadap Dahee turut dijadikan bahan bukti untuk mengugut lelaki itu. "Jie Yeon dan Dahee menjalinkan hubungan sulit selama tiga bulan dengan aktor itu. Malah Dahee sering datang ke rumah Ji Yeon di Gangnam, Seoul," kata sumber. Bagaimanapun pihak pengurusan Byung Hun, BH Entertainment menafikan aktor tersebut menjalinkan hubungan sulit dengan Ji Yeon. Byung Hun mempunyai seorang isteri iaitu penyanyi Lee Min Jung. Mereka berkahwin pada awal tahun 2013.