KIM Kardashian, menjadi mangsa dunia siber apabila beberapa foto bogelnya tersebar di Internet. Menurut laporan TMZ, foto-foto isteri Kanye West itu disebarkan di dua laman web iaitu Reddit dan 4chan, namun sempat ditutup sebelum ia tersebar secara meluas. "Mujurlah ia tidak tersebar secara meluas di internet. Difahamkan ia disebarkan oleh individu sama yang menyebarkan foto bogel Vanessa Hudgens, Lake Bell, Avril Lavigne dan Leelee Sobieski sebelum ini," kata sumber. Selain itu, selebriti seperti Jennifer Lawrence, Kate Upton dan Kirsten Dunst turut menjadi mangsa penyebaran foto bogel di Internet baru-baru ini. Kes itu kini dalam siasatan pihak polis. Terdahulu, Kim mula dikenali umum selepas video seksnya bersama Ray J pada tahun 2003 tersebar sekitar tahun 2007. Penyebaran video itu membuatkan Kim benar-benar malu dan enggan mengulangi kesalahan yang sama.