suria

Kim Soo Hyun Hilangkan Tekanan Dengan Bersukan

Kim Soo Hyun.

TAHUN 2014 boleh dikira sebagai tuah aktor Kim Soo Hyun apabila namanya menjadi sebutan ramai selepas fenomena drama Man From The Stars.

Drama siaran saluran SBS itu juga membuatkan Soo Hyun menjadi popular di seluruh Asia sehingga setiap pergerakannya menjadi perhatian ramai.

Terbaharu, menurut laporan Mwave, Soo Hyun dilihat sering menghadiri pelbagai majlis di Beijing, China bertemu dengan peminatnya.

Dan dalam kesempatan itu, aktor berkenaan sempat berkongsi tips-tips kesihatan dan kecantikan kepada para peminatnya di sana.

"Saya gemar bersukan lebih-lebih lagi ketika sedang tertekan dengan jadual kerja yang padat.

"Akhir-akhir ini, saya cepat naik angin. Mujurlah melakukan senaman larian mengurangkan rasa marah. Kalian juga patut mencubanya," kata Soo Hyun.

Kim Soo Hyun

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain