Daily Mail melaporkan, perancangan Chris untuk berbuat demikian telah menyebabkan bekas isterinya, pelakon Gwyneth Paltrow terkejut kerana menganggap masih terlalu awal melakukan perkasa sedemikian.
"Chris dan Jennifer kelihatan sangat serius dengan hubungan mereka sehingga dia ingin memperkenalkan dua anaknya kepada wanita berkenaan.
"Namun Gwyneth yang mengetahui perkara itu ternyata terkejut dengan perancangan bekas suaminya itu," kata sumber.
Pasangan itu pertama kali dilihat keluar bersama semasa menghadiri sebuah konsert.
Terdahulu, Gwyneth dan Chris yang berkahwin selama 10 tahun mengejutkan peminatnya apabila mengumumkan perpisahan mereka pada awal tahun ini.