suria

Nicole Kidman Sedih Kematian Bapa

Gambar kenangan Nicole Kidman (kanan) dan mendiang bapanya.

AKTRES Nicole Kidman, 47, meluahkan rasa sebak akibat kematian ayahnya Dr Anthony Kidman pada awal bulan lalu.

Nicole bagaimanapun berkata, jiwanya menjadi kuat selepas mendapat sokongan daripada peminat-peminatnya.

Nicole dan suaminya Keith Urban meluahkan rasa sedih pada status Facebook miliknya pada Rabu lalu sambil mengucapkan terima kasih kepada peminat atas doa dan semangat yang diberikan akibat kejadian itu.

“Kami ingin menzahirkan rasa terima kasih atas doa dan sokongan semua terhadap tragedi menyedihkan yang menimpa kami beberapa minggu lalu,” kata mereka.

Dr Kidman yang berasal dari Australia telah disemadikan di gereja St Francis Xavier di Lavender Bay, Sydney, Australia.

Nicole turut menulis satu sajak penuh emosi yang antara lain penghargaan kepada ayahnya itu kerana bersamanya ketika susah dan senang terutama ketika perceraiannya dengan Tom Cruise pada 2001.

“Dia adalah ayah yang begitu sempurna. Beberapa jam selepas perceraian saya (dengan Tom Cruice) dia datang untuk menjaga saya, tinggal bersama saya beberapa minggu, beberapa lama yang saya inginkan.

“Dia juga bapa yang akan berkata, ‘ia akan kembali okey’ setiap kali saya menitiskan air mata,” luahnya.

Dr Kidman seorang pakar psikologi, meninggal dunia di Singapura pada 12 September lalu di sebuah hotel akibat serangan jantung semasa melawat salah seorang anak perempuannya, Andrea.

 

Nicole Kidman

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain