SIASATAN berhubung kemalangan ngeri melibatkan kumpulan Ladies Code sehingga meragut dua nyawa ahlinya pada 3 September lalu mendapati, kenderaan berkenaan dipandu laju melebihi had. Soompi melaporkan, hasil kajian pihak polis mendapati van tersebut dipandu dengan kelajuan 137km/j dan ia menyebabkan kepada kemalangan itu. Dua anggota kumpulan itu iaitu Rise dan EunB meninggal dunia dalam kemalangan itu manakala tiga ahli lain mengalami kecederaan. Kumpulan Ladies Code. Had laju yang dibenarkan di lebuh raya di negara itu adalah 100km/j dan pemandu van berkenaan nyata melanggar peraturan tersebut. Dalam pada itu, pihak polis dalam siasatannya memberitahu menggunakan rakaman litar tertutup (CCTV) lebuh raya berkenaan untuk mengesan kelajuan kenderaan itu dan ia disahkan oleh jabatan forensik negara itu.