SEJAK putus dengan Justin Bieber, aktres Selena Gomez kembali menghabiskan masanya bersama bekas suami Miranda Ker iaitu Orlando Bloom. Menurut laporan Dailymail, Selena dan Orlando dilihat berdua-duaan berada di bandar Los Angeles baru-baru ini. Bagaimanapun, Orlando menafikan khabar angin tersebut dan menegaskan pertemuan itu tiada yang istimewa seperti yang disangka. "Kami hanya menghadiri sebuah majlis yang di panggil 'We Day' bersama kerana menjadi tetamu undangan pada majlis tersebut. Tidak lebih daripada itu," tegasnya. Terdahulu, sebelum Selena kembali bersama Justin, penyanyi muda itu pernah dilihat bermesra dengan bintang filem Lord Of The Ring itu.