suria

Suami Cemburu Kim Yura Cium Yoo Min Kyu

Kim Yura

ANGGOTA kumpulan Girls Day, Kim Yura mendedahkan suaminya, aktor Hong Jong Hyun cemburu apabila mendapat tahu dia akan melakonkan adegan bercumbu dengan Yoo Min Kyu menerusi drama terbaharu Be Arrogant.

Menurut laporan Soompi, Yura berkata, Jong Hyun benar-benar cemburu sehingga bertanya adakah adegan tersebut akan dilakukan banyak kali.

"Saya ada bercakap dengan dengan Jong Hyun mengenai penggambaran drama itu dan menariknya dia bertanyakan tentang babak bercium dengan Min Kyu.

"Apabila saya cuba mengalihkan topik dan menjawab 'ia berjalan lancar' dia akan bertanya sekali lagi. Rupa-rupanya dia cemburu.

"Saya faham perasaannya kerana saya juga pasti akan cemburu jika dia melakukan babak itu," katanya.

Kim Yura

Artikel Sebelum

Artikel Lain