suria

Taeyeon Tak Suka Bersendirian

Taeyeon lebih selesa ditemani seseorang daripada berjalan bersendirian di khalayak ramai.

SALAH seorang anggota kumpulan Girls Generation iaitu Taeyeon mendedahkan bahawa dia mempunyai masalah sukar untuk berada dalam situasi bersendirian.

Menerusi program The TaeTiSeo yang ditayangkan di OnStyle, Taeyeon berkata, masalah itu sukar untuk diatasi lebih-lebih lagi sejak bergelar selebriti.

"Sebenarnya, kemana saja saya pergi, rasa tak selesa apabila berseorang diri.

"Lebih-lebih lagi apabila tempat yang dituju itu mempunyai khalayak yang ramai, ia membuatkan saya berasa tertekan. Rasa seperti semua orang sedang memerhati pergerakan saya," katanya.

Bagaimanapun, tambah Taeyeon, dia berasa pelik apabila mampu bersendirian untuk mengunjungi pantai di saat dirinya tertekan.

Taeyeon

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain