BEBERAPA bulan ini, kisah cinta Jennifer Larence dan Chris Martin sering menjadi berita hangat. Bagaimanapun, menurut laporan Dailymail, selepas menjalinkan hubungan selama empat bulan, mereka membuat keputusan untuk mengakhirii percintaan masing-masing. "Keputusan itu dibuat sendiri oleh Jennifer. Mereka saling mencintai namun kedua-duanya sukar untuk berjumpa kerana kesibukan kerja selain banyak perkara yang rumit terjadi dalam perhubungan tersebut," kata sumber. Difahamkan, keputusan itu dibuat selepas Chris dilihat menikmati makan malam bersama bekas isterinya, Gwyneth Paltrow serta anak-anak mereka. Malah mereka dilihat cukup mesra seolah-olah mereka masih lagi sebagai pasangan suami-isteri.