SUDAH lima bulan meninggalkan kumpulan EXO, Kris atau lebih dikenali sebagai Wu Yifan kini memberi fokus kepada dunia lakonan. Bagaimanapun, menurut laporan Allkpop, sehingga kini Kris masih tercari-cari syarikat pengurusan untuk dinaunginya. "Ada khabar angin mengatakan dia bakal bernaung di bawah syarikat pengurusan besar di Tiongkok iaitu Huayi Brothers. "Tetapi, Kris mengambil tindakan untuk tidak terlalu terburu-buru sebelum menandatangani sebarang kontrak," kata sumber. Tambah sumber tersebut, terdapat juga beberapa syarikat pengurusan yang sudah membuat perbincangan dengan Kris, namun ia masih lagi dalam penelitian sebelum mengambil aktor tersebut. Dalam perkembangan lain, Kris bakal muncul menerusi filem Somewhere Only We Know pada tahun hadapan.