PENYANYI Beyonce dan anaknya, Blue Ivy mencuri perhatian ramai apabila kedua-dua mereka muncul dengan imej berbeza dalam satu pesta Halloween di New York pada Jumaat. Beyonce, yang menerima penghargaan anugerah Vanguard Michael Jackson pada Anugerah Muzik MTV Video pada tahun ini, memakaikan anak perempuannya dengan imej sebagai Michael Jackson sementara dia pula muncul dengan gaya Janet Jackson. Dalam pada itu pasangan Beyonce, Jay Z memilih untuk tidak bergaya pada acara tersebut. Kemunculan Beyonce dengan imej sedemikian bersama anaknya yang berusia dua tahun itu benar-benar membuatkan orang ramai teruja kerana mereka kelihatan begitu comel. Dalam gambar yang dimuat naik menerusi akaun Instagram milknya, kelihatan Blue memegang mikrofon merah jambu dengan jaket merah lengkap berkaca mata hitam persis imej raja pop itu. – mirror.co.uk