Kemunculannya sempena ulang tahun pertama Lane Crawford di Shanghai itu mengejutkan ramai pihak apatah lagi keterbukaannya untuk ditemuramah buat pertama kali selepas meninggalkan kumpulan berkenaan.
Koreaboo melaporkan, ia juga adalah kemunculan pertamanya sebagai ketua pereka fesyen bagi produk tersebut.
Dalam majlis itu, Jessica telah bercerita mengenai perancangan masa depannya termasuklah dalam industri hiburan.