suria

Miley Cyrus Tayang Teman Lelaki Secara Terbuka

SEBELUM ini timbul gosip mengatakan penyanyi Miley Cyrus sedang menjalinkan hubungan dengan anak kepada aktor terkenal Arnold Schwarzenegger iaitu Patrick Schwarzenegger namun pasangan itu mengelak apabila ditanya mengenai hal tersebut.

Bagaimanapun, pasangan itu akhirnya tampil secara terbuka sebagai pasangan kekasih apabila sama-sama menghadiri perlawanan bola keranjang yang diadakan di California pada Khamis lalu.

Biarpun tidak memberi sebarang kenyataan rasmi mengenai hubungan mereka, namun pasangan tersebut mempunyai cara tersendiri dalam memberitahu hubungan mereka kepada media dan peminat.

Patrick dan Miley dilihat begitu mesra malah asyik berkucupan biarpun menyedari banyak mata sedang memandang ke arah mereka termasuk jurugambar pada acara itu.

Saksi yang berada pada perlawanan tersebut turut memberitahu pasangan itu kelihatan cukup mesra dan tidak mengendahkan penonton lain yang melihat mereka. - Daily Mail

Artikel Lain