suria

Penyebar Foto Bogel Palsu Rain Bakal Didenda RM152 Ribu

Rain nafi foto bogel yang tersebar di internet adalah dirinya.

BEBERAPA hari lalu, peminat-peminat KPop dihebohkan mengenai penyebaran foto bogel yang didakwa mirip penyanyi Rain. Foto tersebut diambil menerusi telefon bimbit aktres Kim Tae Hee yang pernah hilang sebelum ini.

Menurut laporan Koreaboo, Rain membuat penjelasan menerusi agensinya, JYP Entertainment, menegaskan bahawa lelaki dalam foto berkenaan bukan dirinya.

Laporan menerusi MBC Section TV pula memberitahu pihak polis siber Gangnam mengesahkan Rain telah membuat laporan polis atas tuduhan mencemarkan nama baiknya sebagai selebriti.

Sehingga kini, 30 orang yang terlibat menyebarkan foto tersebut ditahan bagi menjalani siasatan polis.

"13 November lalu, pihak kami mendapat tahu gosip mengenai Rain yang tidak benar. Kami menyimpulkan jika ianya tidak benar, maka perkara itu telah mencemarkan nama baik Rain," kata wakil dari JYP.

Jika 30 orang itu terbukti menyebarkan foto palsu berkenaan, mereka akan dikenakan hukuman penjara dan denda sebanyak 50 juta Won (RM152 ribu).

Rain

Artikel Lain