suria

Eun Hyuk (Super Junior) Rindukan Kehidupan Sebelum Bergelar Artis

ANGGOTA kumpulan Super Junior, Eun Hyuk dalam satu temubual memberitahu merindukan kehidupan sederhananya bersama keluarganya sebelum dia dikenali ramai.

Soompi melaporkan Eun Hyuk menjelaskan biarpun keluarganya bukan dari kalangan orang berada namun kehidupan mereka ketika itu sangat gembira dan bahagia tanpa sebarang masalah.

"Bayangkan ketika itu rumah kami hanya mempunyai satu ruangan sahaja dan kami sentiasa berkumpul untuk berkongsi tentang pelbagai perkara.

"Bukan saya tidak bersyukur dengan kesenangan yang saya ada kini tetapi ingatan tentang keseronokan ketika itu sentiasa berada dalam ingatan saya," katanya. 

Tambah Eun Hyuk, kesusahan keluarganya membuatkan hubungan mereka rapat terutamanya dengan ibunya yang sentiasa menjadi pendamai sekiranya mereka adik-beradik bermasam muka.









Eun Hyuk, Super Junior.

Artikel Sebelum

Artikel Lain