suria

Agensi Tidak Benarkan Le Hi Bercinta

Lee Hi terpaksa berkorban perasaan cintanya demi kerjaya nyanyian.

DEMI membina kerjaya, Lee Hi terpaksa mengorbankan perasaannya untuk menjalinkan hubungan cinta.

Menurut laporan portal Soompi, ketua pegawai syarikat pengurusannya YG Entertainment iaitu Yang Hyun Suk telah melarang penyanyi itu bercinta mahupun rapat dengan mana-mana lelaki.

"Hyun Suk berkata, 'kalau saya kata tidak boleh, ertinya tidak boleh!', tanpa memberitahu alasannya.

"Tetapi saya percaya larangan itu dibuat demi kerjaya saya agar kekal lebih lama dalam industri," kata Lee Hi.

Tambahnya, tiada pengalaman bercinta juga membuatkan dia sukar menjiwai lagu-lagu yang dibawakannya.

Lee Hi

Artikel Lain