suria

Anak-Anak Will Smith Tidak Suka Pergi Sekolah

Jaden dan Willow secara terbuka mengakui tidak ke sekolah.

ANAK kepada kepada pelakon terkenal Will Smith iaitu Jaden dan Willow Smith mengakui tidak suka pergi ke sekolah kerana menganggap ia perkara paling membosankan dalam hidup mereka.

Daily Mail melaporkan pasangan adik beradik itu menjelaskan mereka tidak pernah mendapat sebarang ilmu ketika ke sekolah dan mengambil keputusan untuk belajar daripada rumah.

"Saya sempat pergi ke sekolah selama setahun dan itu adalah pengalaman terburuk saya kerana tempat tersebut membuatkan saya tertekan," kata Jaden dalam satu wawancara.

Willow pula memberitahu dia tidak pernah mendapat sebarang kebaikan kerana pelajar diasak tanpa henti dengan pelbagai perkara dan ia tidak pernah berkesudahan.





Jaden Smith, Willow Smith.

Artikel Sebelum

Artikel Lain