SALAH seorang anggota kumpulan Lovelyz iaitu Jin terpaksa dikejarkan ke sebuah hospital selepas mengadu sakit pada bahagian perutnya ketika menghadiri sebuah acara Jumaat lalu untuk mengadakan persembahan. Soompi melaporkan Jin dan anggota lain kumpulan itu baharu sahaja tiba di KBS Music Bank sebelum dia tiba-tiba mengadu sakit perut namun wanita itu tetap berkeras untuk meneruskan persembahan pada malam itu. "Sebelum naik ke pentas Jin sudah mengalami sakit pada bahagian perut namun dia tetap berkeras untuk meneruskan persembahan biarpun terpaksa menahan sakit," menurut kenyataan daripada agensinya. Bagaimanapun selepas selesai mengadakan persembahan Jin mengadu kesakitannya bertambah parah sehingga memaksa pihak pengurusannya membawanya ke hospital. Peminat yang berada ditempat kejadian juga mengesahkan Jin kelihatan pucat dan tidak bermaya seolah-olah sedang menahan kesakitan dan bimbang sekiranya penyanyi itu rebah di atas pentas. Hingga saat ini, pihak pengurusannya masih belum memberikan sebarang perkembangan terbaharu mengenai Jin.