SEORANG peminat fanatik penyanyi Ariana Grande diarahkan untuk menjalani ujian kesihatan mental selepas dia ditahan oleh pihak polis baru-baru ini. Daily Mail melaporkan lelaki berkenaan iaitu Tim Normandin didakwa muncul di hadapan syarikat rakaman penyanyi itu di New York dengan memakai pakaian 'Santa Clause' untuk menghantar hadiah kepada Ariana. Tim sebelum ini pernah muncul ditempat sama beberapa kali dan meminta untuk berjumpa dengan Ariana namun dihalang oleh pengawal yang mengawasi bangunan itu. Lelaki itu sebelum ini pernah diberi amaran untuk tidak mendekati Ariana selepas dia memberi pelbagai hadiah pelik seperti labu seberat 15 kilogram, lilin dan batu.