suria

Gaun RM100 Kang So Ra Jadi Perbualan Hangat

Kang So Ra tetap kelihatan elegan biarpun hanya menyarungkan gaun berharga RM100 pada acara MAMA 2014 baru-baru ini.

NAMA aktres Kang So Ra menjadi topik perbualan hangat para peminatnya ketika dia menghadiri Mnet Asian Music Awards 2014 (MAMA 2014) yang berlagsung di Asia World Expo Arena, Hong Kong pada 3 Disember lalu.

Soompi melaporkan perdebatan berlaku dikalangan peminatnya apabila So Ra dikatakan tampil dengan busana yang hanya berharga $40,000 Won Korea atau RM100 di acara karpet merah.

Aktres itu menerusi syarikat pengurusannya bagaimanapun tidak menafikan gaun pendek berwarna biru tua itu dibeli dengan harga murah dan tidak melihat ia sebagai satu masalah besar.

"Benar pakaian itu hanya $40,000 Korea Won sahaja dan soal harga bukan menjadi ukuran untuk So Ra memakai gaun tersebut," kata wakil syarikat itu.

Malah kata wakil itu lagi, perunding imej So Ra sendiri memilih pakaian berkenaan dan pelakon itu bersetuju untuk menggayakannya pada acara MAMA 2014 kerana ia cantik dan sesuai dengan gayanya.

"So Ra percaya dengan citarasa perunding imejnya dan tidak pernah mempersoalkan tentang harga sesuatu pakaian tersebut," katanya lagi.

Kang So Ra, MAMA 2014.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain