SELEPAS muncul dengan poster penuh dramatik dalam bentuk grafik animasi berlatarbelakangkan lagu tema penuh suspen, pihak penerbit filem Terminator: Genisys melancarkan trailer karya kelima francais The Terminator itu. Sekual tersebut bakal membawa penonton ke tahun 2029 yang menyaksikan kemunculan semula pelakon asalnya Arnold Scharzenegger membawa watak terkenal itu. Schwarzenegger pertama kali memainkan peranan itu pada tahun 1984. Untuk siri yang kelima ini, Terminator bakal kembali melatih dan melindungi Sarah Connor lakonan Emilia Clarke. Anak Sarah iaitu John Conner (Jason Clarke) pada asalnya menghantar pembantu kepercayaannya, Kyle Reese (Jai Courtney) ke zaman silam demi untuk memastikan ibunya tidak dibunuh oleh Terminator yang turut dihantar ke zaman silam dengan misi membunuh Sarah. Terminator: Genisys yang diarahkan oleh Alan Taylor akan memasuki pawagam di seluruh dunia mulai 1 Julai 2015.