PENYANYI yang terkenal menerusi lagu Stay With Me mengakui terkejut apabila diberitahu mendapat enam pencalonan pada Anugerah Grammy kali ke-83. Daily Mail melaporkan Sam berasa tidak percaya dengan pengumuman tersebut dan namun menganggap ia perkara paling terbaik pernah berlaku dalam karier nyanyiannya. Selain dicalonkan menerusi kategori Album Terbaik dan Artis Baharu Terbaik, Sam menerusi album pertamanya berjudul The Lonely Hour turut menerima pencalonan Rekod Terbaik dan Persembahan Pop Terbaik. "Ia sangat menakjubkan dan sukar untuk saya mempercayainya. Ia perkara terbaik pernah berlaku dalam hidup saya," katanya menerusi satu posting di laman Instagram miliknya. Grammy 83 bakal berlangsung pada 8 Februari depan. Selain Sam, penyanyi Beyonce dan Pharell Williams turut mendapat enam pencalonan pada acara berprestij itu.