SEJAK kejayaan menerusi drama Man From The Stars awal Januari lalu, Kim So Hyun tidak lagi di lihat beraksi di mana-mana drama sehinggalah dia mengumumkan bakal terlibat membintangi Doctor Frankenstein.
Bagaimanapun menurut laporan MWave, agensi So Hyun iaitu KeyEast Entertainment secara tiba-tiba saja menolak projek tersebut atas alasan yang tidak boleh dielakkan.
"Kami menolak tawaran So Hyun untuk membintangi Doctor Frankenstein sejak sebulan lalu atas sebab-sebab tertentu.
"Namun kami masih belum menentukan projek seterusnya," kata jurucakap agensi berkenaan.
Doctor Frankenstein merupakan drama yang mengisahkan seorang doktor yang memiliki dua personaliti.