KAKAK Kim Kardashian iaitu Kourtney Kardashian mengakui berbangga dengan gambar bogel ketika sedang sarat mengandung dipaparkan di sebuah majalah. Kourtney dalam satu wawancara memberitahu gambar tersebut akan ditunjukkan kepada anak dalam kandungannya itu. "Gambar ini sangat unik dan saya akan tunjukkan kepada anak yang akan lahir ini dan berkata di dalam perut ini ada kamu," ujarnya seperti dipetik Daily Mail. Sebelum ini, Kourtney telah memuat naik beberapa gambar bogel di laman Instagramnya dengan hanya mengayakan rantai dan beberapa hiasan berbulu. Bagaimanapun, gambar bogel tersebut mengundang pelbagai reaksi dan menjadi kontroversi.