Jelasnya, ia adalah salah satu cabaran dalam industri untuk membuktikan dia mempunyai bakat dan tidak hanya bergantung kepada kecantikan semata-mata.
"Saya sedar kecantikan mengundang rasa kurang senang dan cemburu wanita lain, kerana kecantikan yang saya miliki ini ramai yang beranggapan bahawa saya seorang yang tiada otak.
"Cabaran utama saya ialah untuk membuktikan pada masyarakat saya tidak bodoh dan mempunyai bakat tersendiri untuk berada dalam industri ini," ujarnya.
Katanya, dia hanya menerima tawaran filem yang mempunyai pengajaran dan diperbincangakan oleh masyarakat sahaja berbanding filem biasa.