Justin menerusi laman Instagramnya memberitahu bahawa hubungannya dengan model bernama Hailey hanya teman rapat semata-mata.
"Saya masih belum punyai kekasih dan wanita ini adalah teman baik sahaja," tulisnya pada kapsyen gambar bersama Hailey yang dimuat naik pada Selasa.
Terdahulu, Hailey turut menafikan hubungan cinta terjalin bersama penyanyi berusia 20 tahun itu.
"Kami berkawan baik sejak usianya 13 tahun lagi, ya memang rapat tetapi tak lebih daripada itu," ujarnya.