Album yang dilancarkan pada Oktober tahun lalu itu mencapai jualan sebanyak 3.6 juta seluruh dunia.
Sementara Frozen menduduki tempat kedua dengan jualan sebanyak 3.5 juta sehingga 31 Disember lalu.
Selain dua buah album ini, tiada album yang mencecah jualan sebanyak 2 juta.
Seperti dipetik Billboard, ini merupakan album kedua Taylor Swift yang menduduki penjualan tertinggi tahunan.
Pada 2009, Taylor menerusi album Fearless turut muncul sebagai album terlaris dengan jualan 3.2 juta.