Perkara itu didedahkan sendiri oleh presiden persatuan tersebut Lee Yeob Bae dengan berkata penyanyi itu sudah aktif memberi sumbangan kepada persatuan berkenaan sejak 2010.
"Yoona artis pertama yang memberi persetujuan untuk terlibat dengan persatuan kebajikan ini. Dia sudah terlibat sejak 2010 lagi dan menjadi contoh yang baik kepada masyarakat," ujarnya.
Sementara itu, Yoona memberitahu agak keberatan untuk mendedahkan perkara tersebut kepada umum dan diberi publisiti.
Selain Yoona, beberapa selebriti yang pernah melibatkan diri dalam aktiviti kebajikan ialah Hyun Young, Soo Ae, Hyun Sook dan Kim Bo Sung.