TUNTUTAN bekas ahli kumpulan Exo iaitu Kris (Wu Yi Fan) dan Luhan terhadap pihak pengursan mereka menjadi bermasalah apabila kedua-dua pihak gagal mencapai penyelesaian.
Pada Jumaat, peguam Kris dan Luhan telah berjumpa wakil pihak pengurusan artis itu – SME di pejabat Daerah Seoul Tengah bagi mengadakan rundingan.
Bagaimanapun semasa rundingan itu, tidak ada apa-apa persetujuan dicapai sebaliknya masalah menjadi bertambah rumit.
Kedua-dua artis terbabit memfailkan saman mereka terhadap syarikat pengurusan itu atas tujuan yang sama bagi menuntut pembatalan kontrak mereka. – oh!kpop