NEGARA Rusia mengecam filem terbitan negaranya iaitu Leviathan yang mendapat pencalonan di Academy Award yang merebut anugerah Oscar tahun ini.
"Saya berasa pelik kerana apa yang ditonjolkan dalam filem itu tiada satu pun yang bolej dijadikan teladan," kata Medinsky seperti dipertik The Hollywood Reporter.
Beliau turut menunding jari kepada pengarah filem itu iaitu Andrei Zvyagintsev yang dikatakan membuat filem 'anti-Rusia'.
Jelasnya, pengarah filem itu hanya mengejar kejayaan diperingkat antarabangsa dengan bercerita tentang latar belakang negara itu dari sisi yang buruk.