Pasha atau nama sebenarnya Sigit Purnomo Syamsuddin Said, 35, dijangka bertanding bagi sesi pemilihan 2015-2020.
Kata Pasha, setakat ini sudah ada dua parti politik mahu memancingnya untuk menyertai parti mereka.
“Setakat ini sudah ada dua yang cuba memancing saya. Partinya apa? Lihat saja warna kereta saya (biru),” kata Pasha memberi gambaran mengenai parti yang bakal diwakilinya.
Ujarnya, selepas pendaftaran berkenaan, dia akan melalui proses berkempen sebelum pemilihan akan berlangsung sama ada November atau Disember depan. – Kompas.com