BINTANG Kim Jong Kook dilihat bermegah-megah apabila membandingkan popularitinya dengan Yoo Jae Suk. Dalam satu undian mengukur populariti menerusi rancangan Running Man yang dilakukan di Korea dan China, Yoo Jae Suk berkata dia mendapat sokongan paling hebat. “Dalam rancangan Running Man undian populariti yang dilakukan hujung tahun lalu menyaksikan saya mendapat tempat pertama di China. Saya dimaklumkan berjaya memperoleh 100,002,000 undi. “Yoo Jae Suk hanya mendapat 70,000,000 yang membolehkannya mendapat tempat kedua. Ia mengejutkan semua,” katanya. Seolah-olah malu untuk bercerita dia menambah, pengurusnya meminta dia menjelaskan perkara itu kepada umum dalam apa cara sekali pun. Tindakannya itu memperlihatkan dia seoalah-olah cuba bersikap bangga diri. – all kpop