POPULARITI yang dikecapi Lee Jong Suk selepas berjaya dengan drama-drama seperti I Can Hear Your Voice, Doctor Stranger dan filem The Face Reader membuatkan diri aktor ini tertekan. Lee berkata, dia berasa tertekan apabila tidak mempunyai masa untuk bercuti dan menenangkan fikiran. "Sejak akhir-akhir ini prestasi hidup saya semakain merosot hingga saya rasa sudah tidak punya arah. Saya sangat mencintai dunia lakonan ini, namun saya sangat penat sekarang. "Sejak menjadi artis, saya tidak mempunyai masa untuk bercuti dan berehat menenangkan fikiran," ujarnya. Tambahnya, dia kini sedang memikirkan untuk berehat sementara daripada dunia lakonan bagi memberi masa kepada diri dan keluarga. Bagaimanapun, ketika ini dia juga menerima tawaran lumayan untuk membintangi sebuah filem berjudul Pinocchio. "Kalau saya berehat ia pasti akan mengambil masa yang agak panjang dan saya juga sedang mempertimbangkan tawaran untuk terlibat dengan filem Pinocchio. Semuanya sedang difikirkan lagi," katanya.