BINTANG terkenal Hollywood Jennifer Lopez bertindak menjual kediaman mewahnya yang berkeluasan 1.3 hektar di California Hidden Hills kerana ingin mencari rumah yang lebih kecil. Jennifer atau lebih mesra dengan sapaan Jlo berkata, rumah berkenaan terlalu besar untuknya dan dua anak kembarnya iaitu Emme dan Max yang kini berusia enam tahun. "Ia terlalu besar untuk kami bertiga dan sebab itu saya ingin menjual rumah berkenaan dan mencari sebuah kediaman lebih kecil untuk kami," katanya seperti dilaporkan TMZ. Malah kata Jennifer, tinggal di dalam sebuah rumah yang terlalu besar membuatkan dia berasa sunyi tambahan pula dia kini tidak mempunyai teman lelaki.