ANGGOTA kumpulan Girls Day iaitu Sojin mengakui menyukai lelaki yang lebih berusia daripadanya biarpun sebelum ini dia dikaitkan dengan D.O (EXO).
Soompi melaporkan Sojin mengakui menyukai dua aktor terkenal iaitu Kim Kang Woo yang pernah berlakon disampingnya dalam filem Heundae Lovers dan Park Jun Kyu.
Ciri-ciri yang ada pada pelakon Kim Kang Woo dan Park Jun Kyu menambat hati Sojin.
"Jika saya ingin mencari calon suami saya berharap dapat lelaki seperti mereka berdua," katanya.