SEORANG wanita bernama Jo'Anne Patton mendapat pendapatan sampingan dalam jumlah yang tinggi dengan meniru aksi selebriti terkenal Kim Kardashian.
"Ketika ini saya masih lagi ada pekerjaan tetap dan meniru aksi Kim hanya sebagai hobi sahaja. Namun sekarang ramai yang mahu saya melakukan bidang itu secara serius," ujarnya.
Sehingga kini, nama Patton semakin popular dikalangan peminat-peminat Kim Kardashian. Dia boleh meniru pelbagai gaya wanita terkenal itu.