PENYANYI Britney Spears merancang untuk melangsungkan perkahwinan bersama Charlie Ebersol biarpun mereka baharu sahaja berkenalan selama empat bulan. Daily Mail melaporkan, Britney amat mencintai Charlie walaupun baharau sahaja bersama dan tidak melihat tempoh itu sebagai masalah. Charlie juga merancang untuk berkahwin dengan Britney dan membawa hubungan percintaan mereka pada satu tahap yang lebih serius. "Hubungan yang terjalin selama empat bulan merupakan detik yang sangat indah kepada kami berdua walaupun masa empat bulan itu adalah sangat singkat untuk mengenali antara satu sama lain," katanya. Malah Charlie dikatakan telah mempunyai hubungan yang akrab dengan anak-anak penyanyi lagu Womanizer itu. Bagaimanapun masih belum ada tarikh tetap untuk perkahwinan itu.