PELAKON dan pemenang Anugerah Akademi, Sean Penn dilaporkan berhenti merokok demi tunannya, aktres Charlize Theron. Menurut laporan Radar Online, Sean mengambil keputusan untuk membuang tabiat itu selepas Charlize memintanya untuk tidak lagi merokok dihadapannya dan anak angkat mereka, Jackson. "Sean adalah seorang perokok tegar untuk bertahun-tahun lamanya namun selepas bercinta dengan Charlize dia mengambil keputusan untuk berhenti. "Charlize bagaimanapun tidak menekan teman lelakinya untuk berbuat demikian tetapi hanya meminta lelaki itu tidak merokok dihadapannya dan anak mereka namun pelakon itu mengambil keputusan untuk berhenti," kata sumber rapat pasangan itu. Sean, 54, menjalinkan hubungan dengan Charlize sejak 2013 memberitahu mahu menjadi seorang lelaki sihat disamping insan tersayang. Pasangan itu dijangka akan berkahwin pada penghujung tahun ini.