Kedua-duanya bakal bercuti di Pulau Jeju, Korea Selatan bagi menghabiskan masa bersama.
Menurut sumber, Rain telah membeli tiket pesawat buat dirinya dan kekasih untuk percutian pertama mereka bagi tahun ini.
Percutian tersebut dirancang untuk berehat selepas kedua-dua pelakon ini sibuk dengan penggambaran drama.
Selain itu, sumber memberitahu Rain telah memasuki agama Kristian bagi mengikut fahaman kekasihnya itu.
Pasangan ini juga dikhabarkan bakal berkahwin dalam masa terdekat.