suria

Selena Gomez Tidak Terdesak Cari Pengganti Justin Bieber

Selena Gomez mahu mencari teman lelaki yang jujur dan setia.

PELAKON dan penyanyi Selena Gomez mengakui kegagalan hubungan cintanya dengan Justin Bieber membuatkan dia lebih berhati-hati dalam memilih pasangan hidup.

E Online melaporkan Selena bagaimanapun tidak terburu-buru untuk mencari pengganti kerana dia sedang menikmati kehidupan solo dan memberi fokus kepada kerjayanya.

Pun begitu, Selena memberitahu calon teman lelaki yang sempurna baginya mestilah setia dan bersikap jujur dalam menjalinkan hubungan.

"Selain setia dan jujur saya mahu mencari seseorang yang mampu membuatkan saya ketawa tetapi saya tidak terdesak untuk mencari pasangan buat masa ini," katanya.

Selena Gomez.

Artikel Lain