suria

Kylie Jenner Mandi Dua Jam Sehari

Kylie Jenner.

BINTANG realiti dan model, Kylie Jenner mendedahkan dia akan menghabiskan masa selama dua jam untuk mandi setiap hari dengan berendam di dalam tab menggunakan wangian menyegarkan.

Daily Mail melaporkan, Kylie mengambil masa lama untuk mandi kerana itu adalah salah satu cara baginya berehat dan memanjakan diri selepas penat bekerja.

"Saya gemar menggunakan wangian lavender kerana ia membuatkan saya tenang dan mengambil masa lama untuk mandi kerana itu satu-satunya cara saya memanjakan diri," katanya.

Kylie semakin mendapat perhatian selepas menjadi model peragaan untuk jenama terkenal dan bukan hanya sekadar menumpang populariti kakaknya, Kim Kardashian.

Kylie Jenner.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain