Dia turut memohon simpati agar ada peminat yang sudi menderma darah untuk perubatan ayahnya seperti dikehendaki oleh pihak hospital.
Penyanyi lagu Hello itu turut berkongsi rasa sedih bahawa dia juga baharu diberitahu tentang penyakit ayahnya itu oleh doktor.
"Saya minta maaf kerana mengumumkan hal yang tidak begitu baik ini secara tiba-tiba. Hidung ayah berdarah dan dia pergi mendapatkan rawatan di sebuah hospital.
Dia juga memberitahu bahawa ayahnya memerlukan bantuan darah secepat mungkin.
Selain itu, dia turut memberi alamat di Instagramnya kepada sesiapa yang ingin mendermakan darah mereka.