AKAUN Instagram milik Park Shin Hye menjadi perhatian selepas pelakon itu memuat naik sekeping gambar dengan kapsyen dalam Bahasa Inggeris. Soompi melaporkan rata-rata peminat wanita itu tidak menyangka dia mampu menulis dalam bahasa tersebut dengan baik kerana Shin Hye sering menggunakan bahasa Korea dalam penulisannya di laman sosial. "Saya tidak menyangka Shin Hye sebenarnya pandai berbahasa Inggeris," kata salah seorang peminatnya. Perkara itu menjadi perbualan peminatnya kerana masyarakat Korea rata-rata tidak pandai berbahasa Inggeris kerana lebih berbangga dengan bahasa ibunda mereka dan tulisan hangul. Menerusi gambar tersebut, Shin Hye menggunakan bahasa Inggeris untuk berkongsi mengenai hobi terbaharunya iaitu sukan berkuda. Dalam pada itu, peminat daripada negara lain seperti Hong Kong, Singapura menyambut baik perkembangan itu dan berharap Shin Hye lebih kerap menggunakan bahasa Inggeris bagi memudahkan mereka memahami apa yang cuba disampikannya menerusi laman sosial.